SHAH ALAM, 11 FEBRUARI 2026 – YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Agrobank melalui inisiatif Platform Selangor (PLATS) bagi Program Bazar Ramadan Selangor 2026 serta penyerahan Permit Bazar Ramadan dan Kit Penjaja pada Rabu bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.
Turut hadir YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan serta Datuk-datuk Bandar dan para Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor. Majlis Perbandaran Kajang diwakili oleh Encik Mohammad Izuddin bin Ramli, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penjaja, MPKj bersama-sama pegawai dan kakitangan.
Pihak Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor memperkukuh kerjasama strategik bersama-sama Agrobank dan 12 PBT Selangor bagi pelaksanaan Program Bazar Ramadan Selangor 2026. Fokus utama program ini adalah untuk memperkasakan usahawan mikro, kecil dan sederhana serta meningkatkan impak ekonomi di peringkat komuniti. Usaha ini selaras dengan objektif Kerajaan Negeri Selangor memberi manfaat optimum kepada para peniaga melalui program pembangunan keusahawanan yang berterusan.
#MPKj #KitaSelangorMajuBersama #platformSelangor #PLATS #bazar #ramadan #lesen #peniaga #bandarberdayahunimenjanaekonominegara
Jabatan Pelesenan dan Penjaja
Majlis Perbandaran Kajang





