YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hadir menyampaikan ucapan seterusnya menyerahkan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Kejiranan Terbaik Peringkat MPP MPKj, Anugerah Sekolah Hijau MPKj, Pertandingan Kebun Komuniti MPKj, Pertandingan Kutipan Minyak Masak Terpakai MPKj dan Majlis Apresiasi Zon MPP Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2025 yang diadakan pada 18 Disember 2025 (Khamis) bertempat di Hotel Bangi Resort, Bandar Baru Bangi. Turut hadir Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj, Ahli-ahli Majlis MPKj, para pengarah dan pegawai MPKj serta wakil sekolah, peniaga dan persatuan penduduk.
Majlis ini dianjurkan bertujuan menghargai warga masyarakat, sekolah, peniaga, persatuan penduduk dan badan pengurusan yang mengambil bahagian dalam program Local Agenda 21 MPKj yang merupakan agenda global ke arah pembangunan mampan untuk menjamin keselesaan hidup masyarakat serta pembangunan yang seimbang dalam membantu memajukan kepentingan ekonomi, sosial dan alam sekitar. Selain itu, turut diberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) yang terdiri daripada Pembantu Tadbir dan Ahli Majlis MPKj yang cemerlang, berdedikasi dan aktif dalam melaksanakan program sepanjang tahun 2025.
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang





