Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Majlis Penyerahan Permit Perniagaan Sementara Di Pusat Penjaja Sementara Taman Sutera

permit taman sutera

KAJANG - Encik Mohammad Izuddin bin Ramli, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penjaja, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersama Puan Nor Zulaila binti Abd Ghani, Ahli Majlis MPKj Zon 7 dan Tuan Haji Bakhtiar Fitri, Nazir Masjid Taman Sutera telah menyerahkan permit perniagaan sementara kepada para penjaja di tapak penjaja sementara kawasan lapang JPS bersebelahan Masjid Taman Sutera pada 12 Disember 2024.

Turut hadir pegawai Masjid Taman Sutera dan para pegawai serta kakitangan MPKj dalam sesi penyerahan sejumlah 27 permit perniagaan sementara kepada para penjaja yang beroperasi pada pukul 11.00 pagi hingga 7.00 petang sejak bulan Disember 2024.

Program ini diadakan sebagai inisiatif memberi peluang kepada penjaja tepi jalan untuk berniaga di kawasan yang lebih selesa, selamat dan teratur serta mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan. Kerjasama semua pihak amat diharapkan bagi memperoleh situasi menang-menang seperti ini.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi