Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Majlis Perasmian Pusat Asrama Pekerja Asing Kawasan Perindustrian Kampung Baru Balakong

YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hadir menyampaikan ucapan alu-aluan dan mengiringi YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor menyempurnakan perasmian Pusat Asrama Pekerja Asing (PAPA) pada 11 November 2025 (Selasa) di Kawasan Perindustrian Kampung Baru Balakong, Cheras.

Turut hadir YB Tuan Ong Chun Wei, ADN Balakong, YBhg. Dato' Pang Yoon Shin, Presiden Persatuan Pemilik Tanah dan Pengusaha Kilang Kawasan Perindustrian Kampung Baru Balakong, Encik Allan Hoh, Pemilik Tanah dan Pemaju PAPA Kawasan Perindustrian Kampung Baru Balakong, Timbalan Yang Dipertua MPKj, Ahli-ahli Majlis dan para pengarah MPKj.

Bangunan PAPA ini telah dirasmikan pecah tanahnya pada tahun 2022 dan siap dibina sepenuhnya pada Oktober 2024 serta memperoleh kelulusan CCC pada 7 Ogos 2025. Bangunan satu blok dengan 15 tingkat ini mengandungi 598 unit atas tapak berkeluasan 2.092 ekar mula beroperasi pada 1 September 2025 dan telah didiami sejak 18 September 2025 yang pastinya memberi manfaat besar kepada para pekerja dan komuniti setempat. Para tetamu turut dibawa melawat ruang pameran PAPA fasa dua yang akan dibangunkan kelak seterusnya melawat sekitar bangunan PAPA yang telah dihuni oleh para pekerja. Asrama ini juga akan menjadi contoh terbaik dalam pengurusan kemudahan tempat tinggal pekerja di kawasan MPKj khasnya dan negeri Selangor amnya. Usaha ini dapat menyediakan tempat tinggal yang selesa dan membina semangat kekitaan serta meningkatkan produktiviti dalam kalangan pekerja. Di samping itu, inisiatif ini dapat membangunkan kawasan perindustrian yang kondusif dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang baik, teratur, selamat serta tempat tinggal berpusat.

Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

PBTPAY