Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan Mesyuarat Garis Panduan Aktiviti Pembangunan Ke Atas Lot-Lot Pertanian Yang Telah Diluluskan Pecah Sempadan Di Majlis Perbandaran Kajang yang diadakan pada 3 November 2025 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Cempaka Putih 1, Tingkat 7, Menara MPKj.
Program ini bertujuan membincangkan secara terperinci tentang isu-isu, cadangan serta menyelaraskan garis panduan bagi mengawal aktiviti pembangunan ke atas lot-lot pertanian yang telah diluluskan pecah sempadan di Majlis Perbandaran Kajang.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh TPr. Haji Reduan bin Idris, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersama-sama ahli mesyuarat yang terdiri daripada agensi teknikal luar, agensi teknikal dalaman serta urus setia Jabatan Perancangan Pembangunan, MPKj. Hasil perbincangan ini membantu di dalam penyediaan garis panduan dan perancangan yang terbaik bagi kawalan aktiviti pembangunan lot-lot pertanian yang telah diluluskan tersebut dengan lebih mampan dan sejahtera.
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang





