Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Unit Pusat Setempat, MPKj Tahun 2025

8 Julai 2025 – Unit Pusat Setempat, Majlis Perbandaran Kajang (OSC, MPKj) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Unit Pusat Setempat, Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 7, Menara MPKj yang telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mohd Fareez Binti Mohd Hatta@Ariss, Timbalan Yang Dipertua MPKj.

Mesyuarat bertujuan membincangkan:

  • Cadangan penambahbaikan senarai semak pelan pemajuan;
  • Isu, cabaran dan penambahbaikan berkaitan pelaksanaan permohonan pelan pemajuan di MPKj serta perkara-perkara yang berkaitan pelaksanaan di OSC oleh Agensi Teknikal Dalaman dan Agensi Teknikal Luaran yang terlibat secara langsung dalam memproses permohonan pelan pemajuan di MPKj.

Mesyuarat telah dihadiri oleh seramai 41 orang yang terdiri daripada wakil Agensi Teknikal Dalaman dan Agensi Teknikal Luaran yang terlibat serta pegawai dari Unit OSC MPKj.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015