Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Pameran Matlamat Pembangunan Mampan Atau 'Sustainable Development Goals' (SDGs)

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melalui Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj telah mengadakan pameran Matlamat Pembangunan Mampan atau 'Sustainable Development Goals' (SDGs) dalam Program Penilaian Awal Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) pada 8 Mei 2025 (Khamis) bertempat di Dewan Komuniti Semenyih.

Program ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pembangunan mampan meliputi aspek keseimbangan dan kemaslahatan manusia dan bumi. Para pelajar dan guru sekolah, kolej dan universiti serta ibu bapa berkunjung ke pameran tersebut dan menerima penerangan berkaitan SDGs.

Turut dilaksanakan soal selidik dalam talian berkaitan kajian kebahagiaan dan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang merupakan indikator Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar - Luar Bandar Malaysia atau 'Malaysian Urban - Rural National Indicators Network for Sustainable Development' (MURNInets). Cenderamata kepada pengunjung bertuah juga diberikan dan merupakan barangan berkait dengan program mampan dan aktiviti MPKj.

Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015