CHERAS – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melalui Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj telah mengadakan pameran Program Kesedaran ‘Sustainable Development Goals’ (SDGs) dan Kemampan Komuniti dalam Program BMC Family 360 A Step To Future yang diadakan pada 19 September 2025 (Jumaat) hingga 21 September 2025 (Ahad) bertempat di BMC Mall Bandar Mahkota Cheras.
Pameran dan Karnival Keluarga yang diadakan ini berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (UNSDG) iaitu selaras dengan visi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan program ini juga telah dihadiri oleh Y.B. Tuan Cheong Kian Young yang bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk-penduduk yang datang berkunjung ke pameran berkenaan membina keluarga pintar dan mampan meliputi aspek keseimbangan, kemaslahatan manusia dan bumi serta masyarakat yang berdaya huni dan sejahtera dengan tema “Selangkah ke Masa Hadapan”.
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang





