Tarikh: 17 Oktober 2025
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Perkarangan Menara MPKj
Hos: Jabatan Penilaian, MPKj
Majlis perhimpunan ini dimulakan sesi senaman zumba bersempena dengan Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2025 dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negeri Selangor, lagu Negaraku dan lagu misi MPKj serta ikrar Rukun Negara. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Sr. Mohamad Andrei Tan bin Bibit, Pengarah Jabatan Penilaian MPKj.
Ucaptama oleh YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua (YDP) MPKj mengajak warga kerja MPKj sentiasa bersenam dan bersukan untuk kesihatan diri dan masyarakat. Selain itu, YDP juga memaklumkan tentang peri pentingnya penjawat awam memperkasakan dan memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan tepat. Tambahan, warga kerja MPKj mesti menggunakan peruntukan bajet dengan optimum dan mula merancang sasaran kerja untuk 2026. Turut dipesan pendekatan HEMAT dalam pelaksanaan kerja perkhidmatan awam.
Seterusnya sesi penyampaian sijil penghargaan kepada pekerja terbaik bulanan MPKj, hadiah pemenang Kuiz Bahasa Melayu, anugerah Pertandingan Inovasi Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang 2025 dan SIRIM Invention, Innovation & Technology Expo 2025, Anugerah Subzon EKSA Terbaik Audit Dalam Siri 1/2025 dan penyampaian Surat Lantikan Pegawai Bahasa setiap jabatan di MPKj.
Perhimpunan kali ini ditutup dengan nyanyian lagu Budi Bahasa Budaya Kita bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Tahun 2025.
Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat
Majlis Perbandaran Kajang





