DISEMBER 6-Pihak Jabatan Pengurusan Harta telah menghadiri satu perjumpaan bersama Ahli Majlis Zon 23 En Chandran.Turut hadir bersama wakil dari Unit Pengurusan Projek Dan Fasiliti,wakil dari Jabatan Perlesenan dan wakil Persatuan Peniaga Semenyih Indah.
Masa : 9.00 Pagi – 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Cempaka Putih 5 Tingkat 2A,MPKj
Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan penempatan penjaja yang sedia ada dan jumlah peniaga yang terlibat.Terdapat 10 unit MYKIOSK@KPKT yang disediakan bagi penjaja di kawasan tersebut.