Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Select your language

Pertandingan Inovasi Sempena EKSPO Teknologi, Inovasi Dan Reka Cipta Sirim Tahun 2025

Tarikh: 6 - 9 Oktober 2025

Tempat: SIRIM Kulim (Amree), Kedah

KULIM - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang diwakili oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Matpro telah memperoleh Anugerah Perak (Silver Award) kategori Profesional melalui produk inovasi Smart Wapstor dalam Pertandingan Inovasi Sempena Ekspo Teknologi, Inovasi dan Reka Cipta SIRIM 2025 yang berlangsung pada 6 hingga 9 Oktober 2025 bertempat di SIRIM Kulim (Amrec), Kedah.

Pertandingan yang dinamakan sebagai SIRIM Invention, Innovation & Technology Expo (Si2te) menerima peserta pelbagai peringkat umur sama ada sekolah rendah, menengah, vokasional, pendidikan tinggi, jabatan kerajaan, penggiat industri dan antarabangsa yang bertujuan menggalakkan dan mengembangkan kemampuan mereka cipta dan berinovasi terutama dalam kalangan generasi muda.

  1.  

Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat
Majlis Perbandaran Kajang

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

PBTPAY