📅 Tarikh: 6 November 2026 (Jumaat)
📍 Tempat: Teater Mini Cempaka, Tingkat 6, Majlis Perbandaran Kajang
👥 Penyertaan: 150 orang pegawai dan kakitangan MPKj
🙎🏻♂️ Penceramah: PPj Tuan Rosmadi bin Kasim, Ketua Cawangan Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Selangor
🎯 Objektif Program:
- Meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga kerja MPKj mengenai kepentingan integriti, amanah dan akauntabiliti dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab sebagai penjawat awam.
- Memupuk budaya kerja berintegriti dengan menekankan nilai kejujuran, ketelusan dan profesionalisme serta menjauhi amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
- Memperkukuh komitmen warga kerja MPKj untuk menjadikan integriti sebagai nilai teras dalam setiap tindakan dan keputusan, selaras dengan tema “Integriti Kita, Nilai Kita”, ke arah penyampaian perkhidmatan yang cekap, beretika dan dipercayai masyarakat
Unit Integriti dan Transparensi
Majlis Perbandaran Kajang





