Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)
Masa: 9.30 Pagi
Tempat: Teater Mini Cempaka Telur Tingkat 6, Menara MPKj
Penceramah: Tuan Hidayat bin Aziz, Penolong Kanan Penguasa, Cawangan Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
Unit Integriti dan Transparensi, MPKj telah menganjurkan Program Integriti Majlis Perbandaran Kajang Sempena Hari Pekerja Tahun 2026: Ceramah ‘Pekerja Madani, Kesuma Bangsa’: Kesalahan-Kesalahan Rasuah Di Bawah Akta Sprm 2009 pada 20 Mei 2026 secara bersemuka dan secara dalam talian yang disampaikan oleh Tuan Hidayat bin Aziz, Penolong Kanan Penguasa, Cawangan Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Selangor di Teater Mini Cempaka, Tingkat 6, Majlis Perbandaran Kajang dihadiri oleh 150 orang warga kerja MPKj.
Ceramah ini memberi pendedahan berkaitan aspek integriti, pencegahan rasuah, tadbir urus yang baik serta risiko salah guna kuasa dalam pelaksanaan tugas, di samping meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan pematuhan peraturan dan etika kerja dalam perkhidmatan awam.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menunjukkan komitmen dan penglibatan melalui sesi soal jawab, di samping memperoleh kefahaman yang lebih jelas berkaitan kesalahan-kesalahan rasuah, tanggungjawab penjawat awam serta kepentingan mengamalkan integriti dalam pelaksanaan tugas harian.
Unit Integriti dan Transparensi
Majlis Perbandaran Kajang





