KAJANG, 26 FEBRUARI 2026 - Majlis Perbandaran Kajang melalui Majlis Bersama Jabatan (MPKj) dan Jabatan Pelesenan dan Penjaja telah menganjurkan Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) MADANI yang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bermula 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Pekarangan Menara MPKj.
Program ini bertujuan memberi kemudahan kepada kakitangan MPKj dan juga orang awam yang berurusan di MPKj dan juga orang awam yang berurusan di MPKj membeli barangan asas dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran. MPKj dengan kerjasama PKPS akan mengadakan program ini secara berterusan dan berkala untuk memberi manfaat kepada kakitangan MPKj khususnya dan masyarakat setempat amnya.
#mpkj #selangor #jer #madani #pkps #mbj
Jabatan Pelesenan dan Penjaja
Majlis Perbandaran Kajang





