CHERAS – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan Program Kesedaran Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Peringkat DUN Balakong pada 6 September 2025 (sabtu) bertempat di Pasar Raya AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn.
Program ini sebahagian daripada aktiviti Local Agenda 21 Kajang dan Bandar Selamat yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai langkah-langkah pencegahan jenayah, keselamatan komuniti serta mengeratkan kerjasama antara pihak berkuasa dan penduduk setempat.
Puan Hajah Sazzelina binti Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj menyampaikan ucaptama sebagai memulakan program dan diteruskan dengan ceramah kesedaran oleh ASP Prem a/l Sepermaniam daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Seterusnya sesi ceramah oleh Encik Muhammad Afiq bin Mohd Salemi daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Hulu Langat dan PB Rayfezuan bin Suing daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn.
Turut hadir YB Tuan Ong Chun Wei, ADUN Balakong bersama-sama Ahli-ahli Majlis kawasan DUN Balakong, wakil-wakil jabatan dan agensi-agensi keselamatan serta penduduk sekitar kawasan DUN Balakong.
Selain itu, diadakan sesi penyerahan alatan keselamatan kepada persatuan penduduk mewakili setiap 24 Zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan pembukaan ruang pameran/reruai oleh agensi-agensi keselamatan MPKj.
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang





