Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Program Pemantapan Integriti Anggota Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Kajang Melalui Sesi Taklimat Dan Lawatan Ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Tarikh: 18 Mei 2026 (Isnin)

Masa: 8.00 Pagi

Tempat: Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya

Program Pemantapan Integriti Anggota Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Kajang telah dilaksanakan melalui sesi taklimat dan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai usaha memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dalam kalangan anggota penguat kuasa MPKj, khususnya pegawai lantikan baharu.

Program ini memberi pendedahan berkaitan pencegahan rasuah, risiko salah guna kuasa, pematuhan terhadap peraturan serta kepentingan pengamalan nilai integriti, akauntabiliti dan etika kerja dalam pelaksanaan tugas harian.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti sesi taklimat berkaitan fungsi dan peranan SPRM, isu-isu integriti dalam sektor awam serta langkah-langkah pencegahan rasuah. Peserta turut diberikan pendedahan berhubung kepentingan pengamalan nilai integriti, etika kerja dan tanggungjawab penjawat awam dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang telus, cekap dan beramanah.

Unit Integriti dan Transparensi
Majlis Perbandaran Kajang

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

PBTPAY