KAJANG, 5 FEBRUARI 2026 - Program U-PLATS Digital Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersama-sama para usahawan MPKj telah diadakan pada Khamis bertempat di Bilik Seminar Aras 2, Dewan Seri Cempaka MPKj, Saujana Impian.
Program ini diadakan bertujuan membantu meningkatkan tahap ekonomi masyarakat khususnya para usahawan di kawasan pentadbiran MPKj menerusi platform digital. Sesi taklimat PLATS telah disampaikan oleh pegawai daripada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Yayasan Hijrah Selangor, U-PLATS, Maxis, Zakat, TM, Agrobank dan MYNIC.
Puan Siti Nur Hazwani selaku Pengarah Projek Platform Selangor telah menyempurnakan penutupan program Kelas Modul 1 U-PLATS Digital Siri 3, MPKj . Turut hadir Encik Mohammad Izuddin bin Ramli, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penjaja,MPKj.
Seramai 53 peserta usahawan di kawasan MPKj dapat belajar tentang asas keusahawanan menggunakan platform digital, memperoleh manfaat kemudahan internet berkelajuan tinggi dan tawaran pembiayaan skim pinjaman kewangan perniagaan.
Para peserta usahawan MPKj diseru berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan potensi jualan menerusi kaedah baru pendigitalan menggunakan medium seperti Facebook, Instagram, laman sesawang atau portal dan juga platform Tik Tok.
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua peserta usahawan MPKj dan penghargaan kepada pihak MBI sebagai rakan kerjasama program di MPKj. Semoga ini dapat membantu para usahawan memajukan ekonomi diri, keluarga dan masyarakat sesuai dengan visi MPKj, bandar berdaya huni menjana ekonomi negara.
#MPKj #KitaSelangorMajuBersama #MBI #plats #usahawan #digital #media #hijrahselangor #kewangan #perniagaan #bandarberdayahunimenjanaekonomi
Jabatan Pelesenan dan Penjaja
Majlis Perbandaran Kajang





