YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hadir ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Selangor pada 8 November 2025 (Sabtu) bertempat di Dataran Malawati, Jalan Raja Lumu, Kuala Selangor.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor sambil diiringi oleh TPr. Khairulzaman bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, YB Dato' Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, YB Datuk Borhan bin Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan, YB Datuk Haji Rizam bin Haji Ismail, EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna serta YBhg. Datuk TPr. Dr. Alias bin Rameli, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PLANMalaysia).
Sambutan HPBS Peringkat Negeri Selangor selama dua hari pada 7 dan 8 November 2025 yang bertemakan Pembaharuan Semula Bandar: Agenda Perancangan Untuk Rakyat diadakan bagi meraikan dan menghargai bidang perancangan bandar serta pihak-pihak yang berkepentingan dalam pembangunan bandar dan desa. MPKj turut menerima penghargaan Anugerah Bandar Mampan 2025, Program Pengukuran Bandar Mampan (MURNInets).
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang





