Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Seminar Kesedaran Sekolah Hijau Dan Rendah Karbon Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2025

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan Seminar Kesedaran Sekolah Hijau dan Rendah Karbon di Hotel Dorsett Putrajaya pada 21 April 2025 yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Nazli Bin Md Taib, Yang Dipertua MPKj dan dihadiri oleh Puan Shazila binti Sharudin, Penolong Pengarah Kanan, Subseksyen Alam Sekitar/Teknologi Hijau, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT), Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Kerajaan Negeri Selangor mewakili Yang Berhormat Puan Jamaliah binti Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor.

Seminar yang bertujuan memantapkan pelaksanaan tindakan amalan terbaik rendah karbon dan pengurusan alam sekitar di peringkat sekolah di samping perkongsian pintar bersama agensi berkepakaran dalam bidang pengurusan tenaga dan rendah karbon. Seramai kira-kira 80 orang peserta telah menghadiri seminar ini yang terdiri daripada Ahli Majlis MPKj, agensi teknikal negeri dan daerah, pegawai MPKj serta keutamaan wakil sekolah-sekolah di kawasan pentadbiran MPKj.

Seminar bermula dengan perkongsian oleh Puan Wan Nur Azwani binti Mohd Masri daripada Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia. Seterusnya penyampaian ilmu oleh Puan Nur Farah Ain Isa daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia dan disusuli oleh Puan Nurul Syamil binti Mohd Yusof daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah, Klang.

Diharapkan dengan penganjuran seminar ini dapat memberi peluang kepada peserta khususnya pihak sekolah untuk meneroka jalan ke hadapan atau ‘way forward’ yang boleh dilaksanakan bagi memastikan kemampanan program rendah karbon di peringkat sekolah.

Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015