30 Julai 2025 – Unit Pusat Setempat, Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan sesi hands - on Sistem OSC 3.0 Plus online bagi permohonan CCC (Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance)) bersempena lawatan Unit Pusat Setempat, Majlis Bandaraya Seremban bertempat di Makmal Bahagian Teknologi Maklumat, Metro Avenue Kajang.
Sesi tersebut adalah sebagai perkongsian ilmu dan kemahiran bagi pemprosesan permohonan CCC secara atas talian melalui Sistem OSC 3.0 Plus online kepada kakitangan Majlis Bandaraya Seremban.
Pengarah serta 4 orang pegawai Unit Pusat Setempat, Majlis Bandaraya Seremban telah hadir dalam sesi perkongsian ilmu tersebut