Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Sesi Pengajaran Dan Amali (Teach-In And Hands-On) Murninets 2.0

28 Feb 2025 - Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan satu sesi pengajaran dan amali (Teach In and Hands-On) MurniNets 2.0 pada 28 Februari 2025 (Jumaat) di Bilik Latihan ICT, Metro Avenue, Kajang yang telah dihadiri oleh pembantu tadbir Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MPKj

Objektif sesi pengajaran dan amali tersebut adalah untuk memberi pemahaman mengenai MURNInets kepada 24 orang Pembantu Tadbir Ahli Majlis MPKj, membentangkan keputusan tahap kemampanan dan indikator MURNInets tahun 2024 bagi tujuan penambahbaikan dan mMengadakan sesi pengajaran bagi tatacara pengisian borang soal selidik dalam talian melalui sistem gerbang MURNInets.

Hasil daripada sesi ini peserta berhasil mengisi borang soal selidik melalui sistem gerbang MURNInets, peserta memperoleh pengetahuan jelas mengenai senarai indikator dan pengukuran kemampanan MURNInets, peserta dan Ahli Majlis digalakkan mengadakan sesi perjumpaan bersama penduduk bagi mendapatkan maklum balas berkenaan tahap perkhidmatan MPKj dan senarai 800 set nombor siri soal selidik telah diedarkan kepada peserta.

Tempoh pelaksanaan kajian soal selidik secara dalam talian ini telah bermula hingga tarikh tamat pada 30 Jun 2025.

Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi