Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Select your language

Sesi Penilaian Bagi Anugerah Sekolah Hijau Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2025

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melalui Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj telah mengadakan Program Local Agenda 21 iaitu sesi penilaian bagi Anugerah Sekolah Hijau yang diadakan pada 23 September 2025 (Selasa) hingga 25 September 2025 (Khamis) di sekitar kawasan sekolah dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Panel juri yang dilantik adalah terdiri daripada Jabatan Perancangan Pembangunan, MPKj, Jabatan Perbendaharaan, MPKj, Jabatan Landskap dan Rekreasi, MPKj, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, MPKj dan Jabatan Korporat dan Pembangunan, MPKj serta turut hadir panel juri daripada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat bagi menilai secara terperinci mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Penyertaan sebanyak 8 sekolah rendah dan 6 sekolah menengah yang terlibat bagi sesi penilaian anugerah sekolah hijau sekitar Majlis Perbandaran Kajang iaitu:

Sekolah Rendah:-

  1. SK Saujana Impian (2)
  2. SK Bandar Tasik Kesuma
  3. SK Bandar Teknologi Kajang
  4. SK Kantan Permai
  5. SK Bandar Seri Putra
  6. SK Jalan Enam
  7. SK Jalan Empat
  8. Sekolah Rendah Islam (SERI) ABIM

Sekolah Menengah:-

  1. SMAP Kajang
  2. SMK Dusun Nanding
  3. SMK Bandar Baru Sungai Long
  4. SMK Khir Johari
  5. SMK Bandar Baru Bangi
  6. Sekolah Menengah Islam (SEMI) ABIM

 

Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY