Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melalui Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj telah mengadakan Program Local Agenda 21 iaitu sesi penilaian bagi Pertandingan Kebun Komuniti yang diadakan pada 18 September 2025 (Khamis) hingga 19 September 2025 (Jumaat) di sekitar kawasan komuniti dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Panel juri yang dilantik adalah terdiri daripada Jabatan Perancangan Pembangunan, MPKj, Jabatan Perbendaharaan, MPKj, Jabatan Landskap dan Rekreasi, MPKj, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, MPKj dan Jabatan Korporat dan Pembangunan, MPKj serta turut hadir panel juri daripada Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat bagi menilai secara terperinci mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Penyertaan sebanyak 6 kawasan yang terlibat bagi sesi penilaian kebun komuniti sekitar Majlis Perbandaran Kajang iaitu:
- Persatuan Penduduk Taman Puncak Saujana
- Persatuan Penduduk Jalan Tujuh Palang Tiga
- Persatuan Penduduk Puspasari jalan 3/6J & 3/6K
- Persatuan Komuniti Bangi Avenue 3
- MPKK Kampung Rinching Hulu
- Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Kristal
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang





