Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan Taklimat Penyertaan Anugerah Sekolah Hijau Tahun 2025 secara dalam talian pada 26 Mei 2025 (Isnin) kepada sekolah-sekolah di dalam kawasan pentadbiran MPKj. Seramai 78 peserta yang terdiri daripada guru penyelaras program Sekolah Hijau telah hadir ke sesi taklimat ini.
Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk:
- Menyampaikan maklumat mengenai penganjuran dan pengenalan pelaksanaan Anugerah Sekolah Hijau Peringkat MPKj tahun 2025
- Membentangkan maklumat pertandingan seperti tarikh tutup, hadiah yang ditawarkan dan syarat-syarat am lain yang berkaitan
- Membentangkan kriteria pemarkahan secara terperinci iaitu kitar semula, inovasi dan kreativiti; kebersihan, penghijauan, penglibatan komuniti dan agensi; serta persembahan (lawatan tapak dan laporan)
Taklimat bermula pada 11 pagi dan berakhir pada 12.45 tengahari. Diharap dengan penjelasan taklimat ini dapat meningkatkan jumlah penyertaan sekolah-sekolah dalam pertandingan Anugerah Sekolah Hijau Peringkat MPKj tahun ini.
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang