Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor

yawas

 

Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2023 telah meluluskan Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025. Dasar berkenaan adalah inisiatif perancangan strategik yang memfokuskan kepada 10 domain utama iaitu persediaan keibubapaan dan pra-kelahiran, kesihatan, perkembangan sosial dan komunikasi, pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak, kesejahteraan kekeluargaan, pendidikan (peringkat rendah dan menengah), peranan teknologi dalam perkembangan kanak-kanak, infrastruktur dan keselamatan, sosioekonomi dan pembabitan pemegang taruh.

Dasar berkenaan menyediakan prinsip dan pelan tindakan komprehensif yang memberi kepentingan sama rata kepada golongan kanak-kanak. Menerusi dasar ini, semua pihak perlu memberi kerjasama untuk memastikan matlamat serta objektif yang digariskan dapat dicapai dan membawa perubahan positif terhadap komuniti yang disasarkan.

Klik Disini Untuk Maklumat Lanjut

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi