Dimaklumkan bahawa Kaunter Hasil, Kompleks MPKj@Ecohill, Semenyih ditutup sementara bermula 24 Nov 2026 berikutan kerosakan teknikal dan gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan operasi kaunter.
Penutupan sementara ini adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan dilaksanakan serta memastikan keselamatan kakitangan dan orang awam.
Walau bagaimanapun, urusan pembayaran melalui mesin kios di lokasi berkenaan masih boleh digunakan seperti biasa.
Kaunter Hasil akan dibuka semula setelah kerja-kerja pembaikan selesai dan disahkan selamat untuk beroperasi.
Sebarang makluman lanjut berkaitan pembukaan semula kaunter akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Majlis.
Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua pihak.

Majlis Perbandaran Kajang

