
Laporan Draf RKK Kajang (Klik Sini)
Borang Bantahan/Cadangan/Maklum Balas (Klik Sini)
Majlis Perbandaran Kajang akan mengadakan pameran bersempena dengan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandar Kajang pada 14 Januari 2026 hingga 13 Februari 2026 di Lobi Menara MPKj.
Anda sebagai penduduk tempatan/pihak awam yang berkepentingan diberi peluang untuk melibatkan diri dalam proses perancangan pembangunan kawasan Bandar Kajang pada masa hadapan mengikut peruntukan Akta 172.
Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, ulasan atau bantahan terhadap mana-mana kandungan dalam Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pusat Bandar Kajang ini, anda dialu-alukan untuk menyalurkannya melalui Borang Bantahan Awam yang disediakan di Kaunter Khas Lobi Menara MPKj dalam tempoh empat minggu dari tarikh mula program publisiti dan penyertaan awam.
Hadirkan diri dan gunakan hak anda untuk menyemak serta meneliti kandungan Draf Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandar Kajang sepanjang program publisiti dan pameran ini dijalankan. Mari laksanakan tanggungjawab sebagai penduduk dan pihak berkepentingan dalam perancangan dan pembangunan bandar yang mampan dan berdaya huni.
#MPKj #RKK #BandarKajang #publisiti #rancangantempatan #pameran #penduduk #pihakberkepentingan #bandarberdayahunimenjanaekonomi
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang

